Biayai kempen pemasaran dan pertumbuhan anda.

Pembiayaan Jenfi membenarkan anda untuk meningkatkan jualan tanpa melepaskan ekuiti. Permohonan sangat mudah dan kelulusan boleh mengambil masa seawal 24 jam.

Kami Menawarkan Pembiayaan Berdasarkan Hasil untuk Perniagaan Digital

Dana Berasaskan Prestasi

Bayar balik peratusan jualan harian anda dan jangan risau lagi tentang pembayaran balik apabila hasil anda semakin menurun

Pembayaran Pinjaman Fleksibel

Anda sentiasa berada dalam kawalan bersama pilihan pembayaran balik fleksibel kami, membenarkan anda menetapkan jadual pembayaran balik anda sendiri.

Pembiayaan

Biayai inventori perniagaan e-dagang anda dan pastikan produk anda sentiasa tersedia dalam stok.

Pendanaan Pemasaran

Skalakan Meta Ads, Google Ads, Tiktok Ads, atau kempen pemasaran digital dalam talian yang lain.

Anda layak?

Dapatkan anggaran sekarang!

  • Tiada ekuiti
  • Tiada pencairan
  • Tiada kos tersembunyi

Dengar kisah klien kami

Pasukan mereka memahami keperluan unik industri kami dan menciptakan pelan pembiayaan yang selari dengan kitaran jualan kami secara sempurna. Terima kasih kepada sokongan Jenfi, kami berjaya meningkatkan inventori, melancarkan barisan produk baru dan menguasai trend pemasaran dengan yakin.

Sebagai pemilik pernagaan dalam talian, pengurusan aliran tunai memang sentiasa mencabar. Jenfi membantu masalah kami dengan penyelesaian pembiayaan yang seakan direka khas untuk kami. Pilihan pembiayaan tradisional selalunya disertakan bersama syarat tegar yang tidak selari dengan model berasaskan langganan kami.

Hakikat bahawa pembayaran balik kami terikat dengan hasil kami melahirkan suasana perkongsian yang kami tidak pernah rasakan dengan pemberi pinjaman lain. Kami berjaya mengekalkan pimpinan kami dalam landskap yang kompetetif dan terus berinovasi. Jika anda seorang usahawan yang sedang mencari pendanaan yang selari dengan visi anda, Jenfi memang pilhan utama.

Apakah pembiayaan berasaskan hasil?

  • RBF ialah pengaturan pembiayaan apabila syarikat menerima modal daripada Jenfi sebagai pertukaran untuk peratusan hasil masa hadapan.
  • Pembayaran balik terikat dengan prestasi hasil syarikat secara langsung. Bermaksud, semasa tempoh yang lebih perlahan, apabila hasil semakin rendah, jumlah pembayaran balik berkurangan dengan sewajarnya.
  • Bukan seperti pembiayaan ekuiti tradisional, RBF menawarkan fleksibiliti dan tidak memerlukan ekuiti atau kawalan ke atas operasi.

Bagaimana Ia Berfungsi

Empat langkah mudah untuk membuka kunci potensi pertumbuhan anda.

Daftar Dalam Talian

Proses permohonan dalam talian sepenuhnya kami pantas dan selamat. Kami akan memberikan anda keputusan secepat 24 jam.

Gunakan Dana

Dapatkan kelayakan untuk menerima sehingga RM2,000,000 dan usahakan penjualan yang lebih pantas dengan dana yang ditetapkan untuk pemasaran.

Pembayaran Balik Fleksibel

Kami hanya akan mengambil % kecil daripada hasil anda sebagai pembayaran balik dana. Tanpa tarikh tetap pembayaran balik.

Maju Lebih Lagi

Dapatkan kelayakan untuk menerima pembiayaan fleksibel tambahan yang membenarkan anda berkembang maju dengan lebih pantas.

Beribu-ribu perniagaan berdaya digital di Asia yang dikhidmat oleh Jenfi

Pembayaran Balik Fleksibel

Syarikat yang kami menyokong, tumbuh sebanyak +8.1% purata setiap bulan (sebanyak 156% tahunan)

  • Model pembiayaan kami 100% fleksibel mengikut potensi jualan dan pertumbuhan anda.
  • Kami akan dapatkan semula pelaburan kami dengan mengambil % tetap daripada jualan anda. Cara ini lebih mudah daripada membayar balik sekaligus.
  • Ketahui kos penuh bayaran pendahulan dengan tarikh pembayaran balik yang fleksibel.

Syarikat yang disokong Jenfi mengalami pertumbuhan jualan tambahan sebanyak 8.1% sebulan secara purata

Soalan Lazim

Apakah Jenfi?

Jenfi menyediakan pembiayaan mesra pengasas dan berdasarkan hasil kepada startup dan perniagaan digital yang bekembang maju di Asia Tenggara.

Katakan selamat tinggal ke pelan pembayaran balik yang tetap dan tegar. Tawaran eksklusif “Growth Capital as a Service” (GCAAS) atau ‘Modal Pertumbuhan sebagai Perkhidmatan’ kami menawarkan fleksibiliti yang lebih ketara dengan mengenakan caj yuran tetap dan mengikat jumlah pembayaran balik kepada prestasi perniagaan sebenar, berdasarkan peratus daripada hasil yang telah dipersetujui terlebih dahulu.

Apakah jenis aktiviti yang dibiayai oleh Jenfi?

Kami membiayai aktiviti pemasaran, inventori dan pertumbuhan yang luas, daripada membiayai Facebook dan kempen Google Adwords anda kepada menambahkan stok produk terlaris anda.

Perniagaan berasaskan digital, seperti e-Dagang, “software-as-a-service” (SAAS) atau perisian sebagai perkhidmatan, runcit dan perniagaan pertumbuhan tinggi lain yang mahu memajukan jualan mereka, layak untuk membuat permohonan.

Bagaimana cara untuk memohon pembiayaan di Jenfi (langkah demi langkah)?

Senang sahaja! Syarikat yang layak boleh mendapatkan pembiayaan melalui permohonan dalam talian kami, dengan hanya beberapa langkah:

  1. Daftar secara dalam talian untuk akaun Jenfi percuma
  2. Sambungkan sumber data hasil (cth. Stripe, Braintree, Shopify, Shopee, etc.)
  3. Sambungkan sumber data pemasaran (cth. Facebook dan Google ads, dll)
  4. Sambungkan atau muat naik penyata bank syarikat
  5. Muat naik dokumen pendaftaran syarikat
  6. Terima tawaran pembiayaan anda daripada Jenfi
  7. Terima tawaran anda dan lengkapkan eKYC
  8. Lengkapkan tandatangan persetujuan Jenfi dalam talian dan terima dana anda secara langsung dalam akaun bank syarikat anda dalam tempoh masa satu hari bekerja selepas menandatangani.

Dapatkan kelayakan sehingga RM2,000,000. Syarikat yang kami sokong, tumbuh sebanyak +8.1% purata setiap bulan.

Sudah bersedia untuk melihat perniagaan anda berkembang maju?