Terma Penggunaan

GAMBARAN KESELURUHAN

Laman web ini dikendalikan oleh Jenfi Pte Ltd. Di seluruh laman ini, penggunaan “ kami” dan “ kita” merujuk kepada Jenfi Pte Ltd. Jenfi Pte Ltd menawarkan laman web ini, termasuk semua maklumat, alatan dan perkhidmatan yang tersedia daripada laman ini kepada anda, pengguna, dengan syarat penerimaan anda terhadap semua terma, syarat, dasar dan pemberitahuan yang dinyatakan di sini.

Dengan melawat laman kami dan/ atau membuat pembelian daripada kami, anda melibatkan diri dalam “ Perkhidmatan” kami dan bersetuju untuk menjadi terikat dengan terma dan syarat berikut (“ Terma Perkhidmatan” , Terma), termasuk terma dan syarat dan dasar tambahan yang dirujuk di sini dan/atau tersedia melalui hiperpautan.Terma Perkhidmatan ini terpakai untuk semua pengguna laman ini, termasuk tanpa had pengguna yang melayari, vendor, pelanggan, pedagang, dan/atau penyumbang kandungan.

Sila baca Terma Perkhidmatan berikut dengan teliti sebelum mengakses atau menggunakan laman web kami. Dengan mengakses atau menggunakan mana-mana bahagian laman ini, anda bersetuju untuk menjadi terikat dengan Terma Perkhidmatan berikut. Jika anda tidak setuju dengan semua terma dan syarat perjanjian ini, maka anda mungkin tidak boleh mengakses laman web atau menggunakan sebarang perkhidmatan. Sekiranya Terma Perkhidmatan berikut merupakan suatu tawaran, penerimaan amat terhad kepada Terma Perkhidmatan berikut.

Sebarang ciri-ciri atau alatan baru yang ditambah ke kedai semasa juga akan tertakluk kepada Terma Perkhidmatan berikut. Anda boleh membaca versi terkini Terma Perkhidmatan pada bila-bila masa pada halaman ini. Kami berhak untuk mengemas kini, mengubah atau menggantikan mana-mana bahagian Terma Perkhidmatan berikut dengan menyiarkan kemas kini dan/atau membuat perubahan kepada laman web kami. Anda bertanggungjawab untuk menyemak halaman ini secara berkala untuk sebarang perubahan. Kegunaan atau akses berterusan anda kepada laman web ini mengikut siaran sebarang perubahan membentuk persetujuan terhadap perubahan berkenaan.

Laman web kami dihos di Squarespace Inc. Mereka menyediakan platform dalam talian untuk kami yang membenarkan kami menjual perkhidmatan kami kepada anda.

BAHAGIAN 1 – TERMA DALAM TALIAN

Dengan bersetuju kepada Terma Perkhidmatan berikut, anda mewakili bahawa anda adalah sekurang-kurangnya majoriti umur di negeri atau wilayah tempat tinggal anda, atau anda adalah majoriti umur di negeri atau wilayah tempat tinggal anda dan anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk membenarkan tanggungan bawah umur anda untuk menggunakan laman ini.

Anda tidak boleh menggunakan produk kami untuk sebarang tujuan tidak sah atau tidak dibenarkan, dan anda juga tidak dibenarkan, dalam penggunaan Perkhidmatan ini, melanggar sebarang undang-undang dalam bidang kuasa anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada undang-undang hak cipta).

Anda tidak boleh menghantar sebarang cecacing atau virus atau sebarang kod yang bersifat merosakkan.

Sebarang pencerobohan atau pelanggaran Terma akan mengakibatkan penamatan Perkhidmatan anda dengan serta-merta.

BAHAGIAN 2 – SYARAT AM

Kami berhak untuk menolak perkhidmatan kepada sesiapa untuk sebarang sebab pada bila-bila masa.

Anda memahami bahawa kandungan anda (tidak termasuk maklumat kad kredit), mungkin akan dipindahkan tanpa penyulitan dan mengandungi (a) penghantaran melalui pelbagai rangkaian; dan (b) perubahan untuk mematuhi dan melaraskan kepada keperluan teknikal daripada rangkaian yang disambungkan atau peranti. Maklumat kad kredit sentiasa disulitkan semasa pemindahan melalui rangkaian.

Anda bersetuju untuk tidak mencetak, meniru, menyalin, menjual, menjual semula atau mengeksploitasi mana-mana bahagian Perkhidmatan, penggunaan Perkhidmatan, atau akses kepada Perkhidmatan atau sebarang hubungan pada laman web di mana perkhidmatan disediakan, tanpa kebenaran bertulis secara nyata daripada kami.

Tajuk yang digunakan dalam perjanjian ini digunakan hanya untuk kemudahan penggunaan sahaja dan tidak akan meletakkan had atau sebaliknya memberi kesan kepada Terma ini.

BAHAGIAN 3 – MAKLUMAT TEPAT, MENYELURUH DAN KEKINIAN

Kami tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat yang tersedia di laman ini tidak tepat, lengkap atau terkini. Bahan pada laman ini disediakan untuk maklumat am sahaja dan tidak patut diharapkan atau digunakan sebagai dasar mutlak untuk membuat sebarang keputusan tanpa merujuk kepada sumber maklumat utama yang lebih tepat, lebih lengkap atau lebih terkini. Sebarang pergantungan pada bahan di laman ini adalah menurut risiko anda sendiri.

Laman ini mungkin mengandungi maklumat bersejarah. Semestinya maklumat bersejarah bukan terkini dan disediakan hanya untuk rujukan anda. Kami berhak untuk mengubah suai kandungan laman ini pada bila-bila masa, tetapi kami tidak mempunyai kewajiban untuk mengemas kini sebarang maklumat pada laman kami. Anda bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk memantau sebarang perubahan pada laman kami.

BAHAGIAN 4 – PENGUBAHSUAIAN KEPADA PERKHDMATAN DAN HARGA

Harga untuk produk kami mungkin akan berubah tanpa pemberitahuan.

Kami berhak untuk mengubah suai atau menghentikan Perkhidmatan ini pada bila-bila masa (atau mana-mana bahagian atau kandungan yang berkaitan) tanpa pemberitahuan pada bila-bila masa.

Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang pengubahsuian, perubahan harga, penggantungan atau penghentian Perkhdimatan ini.

BAHAGIAN 5 – PERKHIDMATAN

Perkhidmatan tertentu mungkin tersedia dalam talian melalui laman web.

Kami berhak, tetapi tidak diwajibkan, untuk mengenakan had kepada jualan Perkhidmatan kami kepada sesiapa, wilayah geografi atau bidang kuasa. Kami menggunakan hak ini mengikut kes demi kes tertentu. Kami berhak untuk meletakkan had kepada kuantiti untuk sebarang perkhidmatan yang kami tawarkan. Sebarang tawaran untuk mana-mana perkhidmatan yang dibuat di laman ini adalah terbatal jika dilarangkan.

Kami tidak menjamin bahawa kualiti sebarang produk, perkhidmatan, maklumat, atau sumber lain yang dibeli atau diperolehi oleh anda akan memenuhi jangkaan anda, atau sebarang ralat dalam Perkhidmatan akan dibetulkan.

BAHAGIAN 6 – KETEPATAN MAKLUMAT AKAUN

Kami berhak untuk menolak sebarang permintaan Perkhidmatan daripada kami. Kami berhak untuk meletakkan had atau melarang Perkhidmatan yang, dalam pertimbangan mutlak kami, nampaknya dibuat oleh pihak ketiga.

Anda bersetuju untuk memberikan maklumat akaun yang terkini, lengkap dan tepat untuk semua permintaan perkhidmatan yang dibuat pada laman web kami. Anda bersetuju untuk mengemas kini akaun anda dan makliumat lain dengan segera, termasuk alamat e-mel anda, supaya kami boleh melengkapkan permintaan perkhidmatan anda dan menghubungi anda apabila diperlukan.

BAHAGIAN 7 – ALATAN PILIHAN

Kami mungkin akan menyediakan akses untuk alatan pihak ketiga kepada anda di mana kami tidak mengawasi, mengawal atau mempunyai input terhadapnya.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami menyediakan akses kepada alatan “ sebagaimana sedia ada” dan “ sebagaimana tersedia” tanpa sebarang jaminan, perwakilan atau syarat dalam apa jua bentuk dan tanpa sebarang endorsemen. Kami tidak akan mempunyai sebarang liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan anda untuk alatan pihak ketiga.

Sebarang penggunaan alatan pilihan oleh anda melalui laman web adalah berdasarkan risiko dan budi bicara anda sendiri sepenuhnya dan anda harus memastikan bahawa anda mengetahui dan bersetuju dengan terma alatan yang disediakan oleh penyedia pihak ketiga yang berkaitan.

Kami juga mungkin, pada masa hadapan, menawarkan perkhidmatan dan/atau ciri-ciri baru melalui laman web (termasuk, pelancaran alatan dan sumber baru). Ciri-ciri atau perkhidmatan baru juga akan tertakluk kepada Terma Perkhidmatan ini.

BAHAGIAN 8 – PAUTAN PIHAK KETIGA

Kandungan, produk dan perkhidmatan tertentu yang tersedia melalui Perkhidmatan kami mungkin termasuk sumber daripada pihak ketiga.

Pautan pihak ketiga pada laman ini mungkin akan membawa anda ke laman web pihak ketiga yang tidak bergabung dengan kami. Kami tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan atau ketepatan dan kami tidak menjamin dan tidak akan mempunyai liabiliti atau tanggungjawab untuk sebarang bahan atau laman web pihak ketiga, atau untuk sebarang bahan, produk atau sumber daripada pihak ketiga.

Kami tidak bertaggungjawab untuk sebarang bahaya atau kerosakan yang berkaitan dengan pembelian atau penggunaan barangan, perkhidmatan, kandungan atau transaksi lain yang dibuat berkenaan dengan sebarang laman web pihak ketiga. Sila semak dengan teliti dasar dan amalan pihak ketiga berkenaan dan pastikan anda memahami semuanya sebelum anda melibatkan diri dalam sebarang transaksi. Aduan, tuntutan, kebimbangan atau soalan yang berkaitan dengan produk pihak ketiga harus disalurkan kepada pihak ketiga.

BAHAGIAN 9 – KOMEN PENGGUNA, MAKLUM BALAS DAN PENYERTAAN LAIN

Jika, pada permintaan kami, anda menghantar penyertaan khusus tertentu (sebagai contoh penyertaan peraduan) atau tanpa permintaan daripada kami, anda menghantar idea yang kreatif, cadangan, anjuran, pelan, atau bahan lain sama ada dalam talian, melalui e-mel, melalui mel pos, atau sebaliknya (secara kolektif ‘komen’), anda bersetuju bahawa kami mungkin, pada bila-bila masa, tanpa sekatan, edit, salin, terbit, edarkan, terjemah dan sebaliknya gunakan dalam sebarang medium sebarang komen yang anda berikan kepada kami. Kami adalah dan tidak akan bertanggungjawab untuk (1) mengekalkan sebarang komen secara sulit; (2) bayar pampasan untuk sebarang komen; atau (3) untuk membalas sebarang komen.

Kami mungkin, tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk, memantau, edit atau mengalih keluar kandungan yang kami menentukan dalam budi bicara mutlak kami sebagai tidak sah, menyakitkan hati, mengugut, libel, fitnah, lucah, keterlaluan atau sebaliknya boleh dipertikai atau melanggar hak intelek atau Terma Perkhidmatan berikut.

Anda bersetuju bahawa komen anda tidak akan melanggar sebarang hak pihak ketiga, termasuk hak cipta, tanda perdagangan, privasi, personaliti atau sebaliknya hak proprietari. Anda juga bersetuju bahawa komen anda tidak akan mengandungi bahan yang bersifat libel atau sebaliknya tidak sah, menyinggung perasaan atau keterlaluan, atau mengandungi sebarang virus komputer atau perisian hasad yang mampu memberi kesan kepada operasi Perkhidmatan ini atau sebarang laman web lain yang berkaitan. Anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel yang palsu, berpura-pura menjadi seseorang yang bukan diri anda sendiri, atau sebaliknya memperdaya kami atau pihak ketiga tentang perihal asal sebarang komen. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang komen yang anda nyatakan dan ketepatannya. Kami tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan memikul sebarang liabiliti untuk sebarang komen yang disiarkan oleh anda atau sebarang pihak ketiga yang lain.

BAHAGIAN 10 – MAKLUMAT PERIBADI

Penyerahan maklumat peribadi anda melalui kedai diperintahkan oleh Dasar Privasi kami. Untuk melihat Dasar Privasi kami.

BAHAGIAN 11 – RALAT, KETIDAKTEPATAN DAN KETINGGALAN

Kadangkala mungkin terdapat maklumat di laman kami atau dalam Perkhidmatan ini yang mengandungi ralat tipografi, ketidaktepatan atau ketinggalan yang mungkin berkaitan dengan perihalan produk, harga, promosi, tawaran, caj penghantaran produk, masa transit dan ketersediaan. Kami berhak untuk membetulkan sebarang ralat, ketidaktepatan atau ketinggalan dan untuk mengubah atau kemas kini maklumat atau membatalkan pesanan jika sebarang maklumat dalam Perkhidmatan atau pada sebarang laman web yang berkaitan adalah tidak tepat tanpa pemberitahuan awal (termasuk selepas anda menghantar pesanan anda).

Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini, mengubah atau menjelaskan maklumat dalam Perkhidmatan atau pada sebarang laman web berkaitan, termasuk, tanpa sekatan maklumat harga, kecuali jika diperlukan oleh undang-undang. Tiada kemas kini yang ditentukan atau tarikh segar semula yang ditetapkan dalam Perkhidmatan atau sebarang laman web lain, sepatutnya diterima untuk menunjukkan bahawa semua maklumat dalam Perkhidmatan atau pada sebarang laman web berkaitan lain telah diubah atau dikemas kini.

BAHAGIAN 12 – PENGGUNAAN TERLARANG

Sebagai tambahan kepada larangan lain seperti yang dinyatakan dalam Terma Perkhidmatan, anda dilarang menggunakan laman ini atau kandungannya: (a) untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang; (b) untuk meminta orang lain membuat atau mengambil bahagian dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang; (c) untuk melanggar sebarang peraturan antarabangsa, persekutuan, wilayah atau negeri, peraturan, undang-undang, atau ordinan tempatan; (d) untuk mencabuli atau melanggar hak milik intelek kami atau hak milik intelek orang lain; (e) untuk mengganggu, melukakan, menghina, menyakiti, memfitnah, memperlekehkan, menakutkan, atau mendiskriminasi berdasarkan jantina, orientasi seksual, agama, etnik, bangsa, umur, asal usul kenegaraan, atau kecacatan. (f) untuk menyerahkan maklumat palsu atau mengelirukan; (g) untuk muat naik atau menghantar virus atau sebarang jenis kod hasad lain yang akan atau mungkin digunakan dalam apa jua cara yang akan menjejaskan fungsi atau operasi Perkhidmatan atau mana-mana laman web yang berkaitan, laman web lain, atau internet; (h) untuk mengumpul atau menjejaki maklumat peribadi orang lain; (i) untuk spam, phish, pharm, preteks, lelabah, merangkak atau mengikis; (j) untuk sebarang tujuan lucah atau tidak bermoral; atau (k) untuk menggangu atau memintas ciri keselamatan Perkhidmatan atau mana-mana laman web yang berkaitan, laman web lain, atau Internet. Kami berhak untuk menamatkan penggunaan Perkhidmatan atau mana-mana laman web berkaitan kerana melanggar sebarang penggunaan yang dilarang.

BAHAGIAN 13 – PENAFIAN WARANTI; HAD LIABILITI

Kami tidak menjamin, mewakili atau mewajarkan bahawa penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda tidak akan terganggu, tepat pada masanya, selamat atau bebas ralat.

Kami tidak menjamin bahawa keputusan yang mungkin diperoleh daripada penggunaan perkhidmatan adalah tepat atau boleh dipercayai.

Anda bersetuju bahawa dari semasa ke semasa kami boleh mengalih keluar perkhidmatan untuk suatu tempoh masa yang tidak ditetapkan atau membatalkan perkhidmatan pada bila-bila masa, tanpa pemberitahuan kepada anda.

Anda bersetuju secara nyata bahawa penggunaan anda, atau ketidakupayaan untuk menggunakan, perkhidmatan ini bergantung atas risiko mutlak anda sendiri. Perkhidmatan dan semua produk dan perkhidmatan yang dihantar kepada anda melalui perkhidmatan ini adalah (kecuali yang dinyatakan secara jelas oleh kami) diberikan ‘sebagaimana adanya’ dan ‘sebagaimana tersedia’ untuk kegunaan anda, tanpa sebarang perwakilan, waranti atau syarat, sama ada dinyatakan atau tersirat, termasuk semua waranti atau syarat tersirat kebolehdagangan, kualiti boleh niaga, kesesuaian untuk tujuan tertentu, ketahanan, tajuk dan bulan bukan pelanggaran.

Jenfi Pte Ltd, pengarah, pegawai, pekerja, ahli gabungan, ejen, kontraktor, pelatih, pembekal, pembekal perkhidmatan atau pemberi lesen kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan, kehilangan, tuntutan, atau sebarang kerosakan secara langsung, tidak langsung, sampingan, punitif, khas, atau sebarang jenis kerosakan yang timbul, termasuk, tanpa had kehilangan keuntungan, kehilangan hasil, kehilangan simpanan, kehilangan data, kos penggantian, atau apa-apa kerosakan yang serupa, sama ada berdasarkan kontrak, tort, (termasuk kecuaian), liabiliti tegas atau sebaliknya, yang timbul daripada penggunaan anda terhadap mana-mana perkhidmatan atau produk yang diperoleh menggunakan perkhidmatan, atau untuk sebarang tuntutan lain yang berkaitan dalam apa-apa cara dengan penggunaan perkhidmatan atau mana-mana produk anda, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang kesilapan atau peninggalan dalam mana-mana kandungan, atau apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung akibat penggunaan perkhidmatan atau apa-apa kandungan (atau produk) yang disiarkan, dihantar, atau sebaliknya disediakan melalui perkhidmatan, walaupun dinasihatkan tentang kemungkinannya. Oleh kerana sesetengah negeri atau bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian atau pengehadan liabiliti untuk ganti rugi yang timbul atau sampingan, di negeri atau bidang kuasa tersebut, liabiliti kami akan dihadkan pada tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.

BAHAGIAN 14 – GANTI RUGI

Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi, mempertahankan dan tidak memudaratkan Jenfi Pte Ltd dan syarikat induk, anak syarikat, ahli gabungan, rakan kongsi, pegawai, pengarah, ejen, kontraktor, pemberi lesen, penyedia perkhidmatan, subkontraktor, pembekal, pelatih dan pekerja kami, tidak memudaratkan daripada sebarang tuntutan atau permintaan, termasuk yuran peguam yang munasabah, yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga yang disebabkan atau timbul daripada pelanggaran Terma Perkhidmatan ini atau dokumen yang mereka sertakan melalui rujukan, atau pelanggaran anda terhadap mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga.

BAHAGIAN 15 – KEBOLEHASINGAN

Sekiranya mana-mana peruntukan Terma Perkhidmatan ini ditentukan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan tetap boleh dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, dan bahagian yang tidak boleh dikuatkuasakan akan dianggap sebagai terputus daripada Terma Perkhidmatan ini, penentuan sedemikian tidak akan menjejaskan kesahihan dan kebolehkuatkuasaan baki mana-mana peruntukan yang lain.

BAHAGIAN 16 – PENAMATAN

Kewajipan dan liabiliti pihak-pihak yang ditanggung sebelum tarikh penamatan akan kekal selepas penamatan ini untuk semua tujuan.

Terma Perkhidmatan ini berkuat kuasa melainkan dan sehingga ditamatkan, sama ada oleh anda atau kami. Anda boleh menamatkan Terma Perkhidmatan ini pada bila-bila masa dengan memberitahu kami bahawa anda tidak mahu menggunakan Perkhidmatan kami lagi, atau apabila anda berhenti menggunakan laman kami.

Jika anda gagal dalam pertimbangan mutlak kami, atau kami mengesyaki bahawa anda telah gagal, untuk mematuhi mana-mana terma atau peruntukan Terma Perkhidmatan ini, kami juga boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa tanpa notis dan anda akan kekal bertanggungjawab ke atas semua semua jumlah yang perlu dibayar sehingga dan termasuk tarikh penamatan; dan/atau sewajarnya boleh menafikan anda akses kepada Perkhidmatan kami (atau mana-mana bahagian daripadanya).

BAHAGIAN 17 – KESELURUHAN PERJANJIAN

Kegagalan kami untuk melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan Terma Perkhidmatan ini tidak akan membentuk sebagai penepian hak atau peruntukan tersebut.

Terma Perkhidmatan ini dan sebarang dasar atau peruntukan operasi yang disiarkan oleh kami di laman web ini atau berkenaan dengan Perkhidmatan ini membentuk keseluruhan perjanjian dan persefahaman antara anda dan kami dan mentadbir penggunaan Perkhidmatan oleh anda, menggantikan mana-mana perjanjian, komunikasi dan cadangan terdahulu atau bersamaan, sama ada lisan atau bertulis, antara anda dan kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mana-mana versi terdahulu Terma Perkhidmatan).

Sebarang kekaburan dalam tafsiran Terma Perkhidmatan ini tidak boleh diertikan terhadap pihak penggubal.

BAHAGIAN 18 – UNDANG-UNDANG YANG DIPERINTAHKAN

Terma Perkhidmatan ini dan sebarang perjanjian berasingan di mana kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda akan dikawal dan diertikan mengikut undang-undang
Jenfi Pte Ltd, 32 Pekin St, #05-01, Singapura 048762.

BAHAGIAN 19 – PERUBAHAN KEPADA TERMA PERKHIDMATAN

Anda boleh membaca versi terkini Terma Perkhidmatan pada bila-bila masa di halaman ini.

Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk mengemas kini, mengubah atau menggantikan mana-mana bahagian Terma Perkhidmatan dengan menyiarkan kemas kini dan perubahan pada laman web kami. Tanggungjawab anda adalah untuk menyemak laman web kami secara berkala untuk sebarang perubahan. Penggunaan berterusan atau akses anda ke laman web kami atau Perkhidmatan berikutan penyiaran sebarang perubahan kepada Terma Perkhidmatan ini merupakan pemerimaan terhadap perubahan tersebut.

BAHAGIAN 20 – PENYEDIA PERKHIDMATAN TEKNIKAL

Kami menggunakan alatan pihak ketiga untuk membantu dalam pengumpulan data. Alatan tertentu dan EULA masing-masing tersedia sebagaimana berikut:

BAHAGIAN 21 – MAKLUMAT HUBUNGAN

Soalan tentang Terma Perkhidmatan sepatutnya dihantarkan kepada kami di
hello@jenfi.com
.