FAQs
Soalan lazim

Jenfi menyediakan pembiayaan mesra pengasas dan berdasarkan hasil kepada startup dan perniagaan digital yang bekembang maju di Asia Tenggara.
Katakan selamat tinggal ke pelan pembayaran balik yang tetap dan tegar. Tawaran eksklusif “Growth Capital as a Service” (GCAAS) atau 'Modal Pertumbuhan sebagai Perkhidmatan' kami menawarkan fleksibiliti yang lebih ketara dengan mengenakan caj yuran tetap dan mengikat jumlah pembayaran balik kepada prestasi perniagaan sebenar, berdasarkan peratus daripada hasil yang telah dipersetujui terlebih dahulu.

Kami membiayai aktiviti pemasaran, inventori dan pertumbuhan yang luas, daripada membiayai Facebook dan kempen Google Adwords anda kepada menambahkan stok produk terlaris anda.
Perniagaan berasaskan digital, seperti e-Dagang, "software-as-a-service" (SAAS) atau perisian sebagai perkhidmatan, runcit dan perniagaan pertumbuhan tinggi lain yang mahu memajukan jualan mereka, layak untuk membuat permohonan.

Senang sahaja! Syarikat yang layak boleh mendapatkan pembiayaan melalui permohonan dalam talian kami, dengan hanya beberapa langkah:
- Daftar secara dalam talian untuk akaun Jenfi percuma
- Sambungkan sumber data hasil (cth. Stripe, Braintree, Shopify, Shopee, etc.)
- Sambungkan sumber data pemasaran (cth. Facebook dan Google ads, dll)
- Sambungkan atau muat naik penyata bank syarikat
- Muat naik dokumen pendaftaran syarikat
- Terima tawaran pembiayaan anda daripada Jenfi
- Terima tawaran anda dan lengkapkan eKYC
- Lengkapkan tandatangan persetujuan Jenfi dalam talian dan terima dana anda secara langsung dalam akaun bank syarikat anda dalam tempoh masa satu hari bekerja selepas menandatangani.
Dapatkan kelayakan sehingga RM2,000,000. Syarikat yang kami sokong, tumbuh sebanyak +8.1% purata setiap bulan.

Bukan seperti bank tradisional, kami menyokong startup dan perniagaan yang meluas daripada pelbagai sektor.
Kriteria utama mengandungi:
- Entiti perniagaan diperbadankan yang beroperasi di Singapura, Vietnam, atau Indonesia
- Individu atau pemilik tunggal tidak layak untuk memohon
- Memiliki sekurang-kurangnya enam bulan aktiviti hasil yang ditentusahkan
- Memiliki perbelanjaan yang ditentusahkan untuk aktiviti pertumbuhan yang diulangi
- Pengarah mesti menandatangani dan mampu melengkapkan keperluan KYC
- Perniagaan asli digital (berdasarkan digital) akan lebih diutamakan
- Perniagaan yang beroperasi dalam sektor tertentu tidak layak untuk memohon (cth. perjudian)

Tiada kertas kerja atau permohonan yang panjang. Anda boleh membuat permohonan melalui butang Daftar di laman web kami: http://jenfi.com

Anda boleh menerima tawaran dalam masa satu hari bekerja selepas melengkapkan permohonan dalam talian anda. Maklumat yang tertinggal atau tidak dilengkapi memerlukan masa pemprosesan tambahan.
Selepas menerima dan menandatangani persetujuan Jenfi, anda akan menerima dana anda dalam masa satu hari bekerja.

Tidak, kami tidak akan mengambil ekuiti, jaminan peribadi, waran atau yuran tersembunyi. Jadi, memang tiada risiko pencairan.

Jenfi Insights adalah platform analitis berteknologi tinggi yang membantu anda skala dengan lebih baik dan pantas. Dengan insight beraksi yang bersilang platform, anda boleh mengukur impak usaha pemasaran dan jualan anda melalui saluran berbeza.

Kami perlu mengesahkan prestasi perniagaan anda. Apabila anda telah menyambungkan akaun anda, kami akan menilai dan memberikan tawaran yang sesuai dalam meneraju pertumbuhan anda.

Kami menjaga privasi pelanggan dan keselamatan data dengan serius. Kami menggunakan teknologi yang paling canggih dan amalan terbaik industri untuk memastikan perlindungan dan protokol berfungsi dengan baik.

Kami tidak menawarkan kad kredit fizikal. Tetapi kad Visa maya tersedia atas permintaan. Ini boleh membantu memudahkan transaksi berdasarkan kad dalam talian (cth. perbelanjaan Facebook dan Google ad).

Kami menawarkan caj yuran tetap, tiada yuran tambahan yang akan dikenakan dalam tawaran standard. Tiada kejutan, anda memang akan tahu kos penuh terlebih dahulu.

Kami memahami bahawa jualan anda akan berubah-ubah setiap bulan, jadi pembayaran balik kami adalah berdasarkan peratus jualan yang sudah dipersetujui terlebih dahulu. Tiada tempoh pembayaran balik yang tetap dan tiada yuran tambahan yang akan disertakan bersama.
Tempoh pembayaran berbeza bergantung pada peratus jualan yang dikenakan dan prestasi jualan sebenar.

Tiada kriteria tetap berdasarkan peratus hasil. Jumlah keseluruhan berdasarkan sistem penajajaminan sistem kami.

Tiada yuran tersembunyi atau tambahan langsung. Yuran kelewatan akan dinilai untuk tingkah laku tertunggak.

Tiada tempoh tetap dengan Jenfi. Kebanyakan syarikat mampu membayar balik pendahuluan Jenfi sepenuhnya dalam masa tiga hingga dua belas bulan.

Jenfi menawarkan modal daripada sekurang-kurangnya RM20,000.
Jumlah maksimum yang ditawarkan adalah berdasarkan sistem penajajaminan pemilik kami.

Dana akan diberikan secara langsung terus ke dalam akaun bank syarikat anda.

Anda akan menerima dana dalam masa secepat satu hari bekerja selepas menandatangani persetujuan Jenfi.

Oleh kerana tiada keperluan hasil minimum, kami memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan aktiviti hasil yang ditentusahkan untuk menilai sesuatu permohonan.

Syarikat selalunya menolak peratus jualan daripada akaun yang menjanakan hasil (cth. akaun bank, akaun pedagang e-dagang, akaun pemproses pembayaran dalam talian) dan membuat pindahan berkala ke Jenfi setelah membuat persetujuan terlebih dahulu.

Ya, anda boleh membuat pembayaran awal dan tiada penalti untuk pembayaran balik yang awal.