fbpx

Dasar Privasi

Dasar Privasi ini ("Dasar") menerangkan bagaimana Jenfi Pte. Ltd., anak syarikat masing-masing, ahli gabungan, syarikat bersekutu dan entiti yang dikawal bersama (secara keseluruhan "Jenfi", atau "kami") mengumpul, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi anda melalui penggunaan www.jenfi.com ("Laman" ini) dan juga produk, ciri-ciri, dan perkhidmatan lain, yang dikendalikan secara global oleh Jenfi (secara keseluruhan, "Perkhidmatan" ini).

Dasar Privasi ini terpakai kepada pelanggan, ejen, vendor, pembekal, rakan kongsi, kontraktor dan penyedia perkhidmatan kami (secara keseluruhan "anda" atau "milik anda").

"Data Peribadi" adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda atau daripada mana anda boleh dikenalpasti. Maklumat ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama anda, kewarganegaraan, nombor telefon, alamat e-mel, imej anda, nombor pengenalan yang didaftarkan kejaraan, data biometrik, tarikh lahir, status perkahwinan dan maklumat kewangan anda.

Kami biasanya mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau sebaliknya memproses Data Peribadi anda mengikut Dasar Privasi Ini dengan mematuhi undang-undang yang berkenaan, seperti apabila:

  • kami perlu mematuhi keperluan undang-undang;
  • kami perlu membuat atau melaksanakan kontrak bersama anda; dan/atau
  • untuk kepentingan sah kami atau kepentingan sah pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul (dan mungkin akan menggabungkan) Data Peribadi tentang anda dengan cara yang disenaraikan di bawah:

Anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami

Kami mengumpul Data Peribadi anda apabila anda memberikannya kepada kami. Sebagai contoh, apabila anda:

  • melengkapkan profil pengguna atau borang pendaftaran (seperti nama anda, maklumat hubungan dan maklumat pengenalan lain apabila diperlukan):
  • memberikan maklumat kepada kami untuk menilai kelayakan anda untuk menerima perkhidmatan atau menjadi rakan kongsi kami;
  • berinteraksi dengan halaman media sosial kami (seperti ID akaun media sosial anda, gambar profil dan sebarang data lain yang tersedia secara umum);
  • mengambil bahagian dalam peraduan atau acara yang dianjurkan oleh kami (seperti gambar, audio, atau video yang anda hantarkan, yang mungkin mengandungi imej anda sendiri);
  • mengesahkan identiti anda melalui pelbagai cara (seperti log masuk media sosial, penghantaran imej swafoto dan video); atau
  • memberikan maklumat peribadi dalam tinjauan.

Apabila Perkhidmatan kami digunakan dan/atau bila anda melawati Laman ini

Data Peribadi mungkin akan dikumpulkan melalui operasi biasa atau semasa penggunaan Laman dan Perkhidmatan kami. Beberapa contoh adalah:

  • maklumat peranti, pelayar web anda, alamat IP, zon waktu dan beberapa kuki yang dipasangkan pada peranti anda;
  • maklum balas dan penilaian;
  • maklumat transaksi (seperti kaedah pembayaran);
  • maklumat tentang bagaimana anda berinteraksi dengan Laman kami atau menggunakan Perkhidmatan kami (seperti ciri-ciri yang digunakan dan kandungan yang dilihat, halaman web individu atau produk yang anda lihat, jenis laman web atau istilah carian yang merujuk anda kepada Laman ini, dan maklumat tentang bagaimana anda berinteraksi dengan Laman ini);
  • data peribadi yang anda masukkan dalam mesej apabila anda menggunakan ciri-ciri komunikasi dalam Laman kami; dan
  • data peribadi yang mungkin ditangkap melalui interaksi anda bersama kami, ejen kami, rakaman audio, dan/atau video proses suai tugas (seperti imej atau suara atau kedua-duanya, dan metadata yang berkaitan).

Kami mengumpul maklumat peranti menggunakan teknologi berikut:

  • "Fail log" menjejaki tindakan yang dilakukan pada Laman ini, dan mengumpul data termasuk alamat IP anda, jenis pelayar, penyedia perkhidmatan Internet, halaman rujukan/keluar, dan cop tarikh/masa.
  • "Suar web", "tag" dan "piksel" ialah fail elektronik yang digunakan untuk merakam maklumat tentang bagaimana anda melayari Laman ini.

Daripada sumber lain

Apabila kami mengumpul Data Peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, maklumat hubungan dan maklumat pengenalan lain apabila diperlukan daripada sumber lain. Beberapa sumber termasuk:

  • program rujukan;
  • rakan kongsi perniagaan kami, seperti penyedia pembayaran, penyedia perisian perakaunan, akaun pemasaran;
  • penyedia insurans dan kewangan;
  • biro kredit, agensi pemarkahan kredit alternatif dan organisasi pelaporan kredit yang lain;
  • sumber data tersedia secara umum atau daripada kerajaan;
  • penyedia perkhidmatan pemasaran atau rakan kongsi.

PENGGUNAAN DATA PERIBADI

Jenfi mungkin akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut yang dinyatakan dalam senarai di bawah. ("Tujuan").

Providing services and features

  • membuat, mentadbir dan mengemas kini akaun anda;
  • berkomunikasi dengan anda;
  • memproses, menguruskan atau mengesahkan kelayakan anda untuk atau membuat permohonan Perkhidmatan bersama Jenfi;
  • menjalankan pemeriksaan ketekunan wajar dan penilaian / analisis risiko;
  • mengesahkan identiti dan maklumat perniagaan anda (apabila diperlukan);
  • mengesahkan proses pembayaran anda;
  • memperibadikan pengalaman Laman anda (seperti mengesyorkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan anda, mengenal pasti pilihan anda atau sebaliknya menyesuaikan pengalaman anda bersama Jenfi);
  • melaksanakan operasi dalaman yang diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan kami, termasuk menyelesaikan masalah pepijat perisian dan masalah operasi, menjalankan analisis data, membuat ujian dan penyelidikan, mengawasi dan menganalisis penggunaan dan trend aktiviti;
  • melindungi keselamatan atau integriti Perkhidmatan dan sebarang kemudahan atau peralatan yang digunakan untuk menyediakan Perkhidmatan berkenaan;
  • menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam tinjauan dan kajian kami;
  • Apabila selaras dengan pilihan yang anda telah kongsikan dengan kami, memberikan anda maklumat atau iklan yang berkaitan dengan produk atau Perkhidmatan kami;
  • membuat pemeriksaan untuk potensi risiko dan penipuan (secara khusus, alamat IP anda), dan secara lazim untuk meningkatkan dan mengoptimumkan Laman kami (sebagai contoh, dengan menjana analisis tentang bagaimana pelanggan kami melayari dan berinteraksi dengan Laman kami, dan untuk menilai kejayaan kempen pemasaran dan pengiklanan kami).

Sokongan pengguna

Kami menggunakan Data Peribadi untuk menyelesaikan isu sokongan pengguna. Sebagai contoh, kami mungkin akan:

  • menyiasat dan menyelesaikan sebarang kebimbangan;
  • memantau dan meningkatkan tindak balas sokongan pengguna kami;
  • membalas soalan, komen dan maklum balas; dan
  • memberitahu anda tentang langkah yang diambil untuk menyelesaikan isu sokongan pengguna.

Penyeledikan dan pembangunan dan keselamatan

Kami mungkin akan menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk membuat ujian, penyelidikan, analisis dan pembangunan produk. Ini membenarkan kami untuk memahami dan menganalisis keperluan dan pilihan anda, melindungi Data Peribadi anda, meningkatkan dan menambah baik keselamatan Perkhidmatan kami, memajukan ciri-ciri, produk dan perkhidmatan baru, dan memudahkan pembangunan penyelesaian.

Tujuan Undang-Undang

Kami mungkin akan menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk tujuan undang-undang, seperti menyiasat dan menyelesaikan tuntutan atau pertikaian, mengesan, mencegah atau membantu mendakwa jenayah, atau seperti yang dibenarkan atau dikhendaki oleh undang-undang yang berkaitan.

Kami juga mungkin akan menggunakan Data Peribadi anda apabila diperlukan, dinasihatkan, disyorkan, dijangka atau diminta untuk berbuat demikian oleh penasihat undang-undang kami atau sebarang pihak berkuasa undang-undang tempatan atau antarabangsa, pengawal selia, kerajaan atau pihak berkuasa yang lain.

Sebagai contoh, kami mungkin akan menggunakan Data Peribadi anda untuk:

  • mematuhi perintah mahkamah atau keperluan undang-undang, kerajaan atau peraturan yang lain;
  • menguatkuasakan Terma Perkhidamatan kami atau perjanjian lain; dan
  • melindungi hak atau harta kami sekiranya berlaku tuntutan atau pertikaian.

Pemasaran dan promosi

Kami mungkin akan menggunakan Data Peribadi anda untuk menghantar komunikasi pemasaran kepada anda, yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan tersuai (yang mungkin menarik minat atau relevan berdasarkan profil anda), atau produk, perkhidmatan, acara atau promosi rakan kongsi penaja dan pengiklan Jenfi. Sebagai contoh, kami akan:

  • menghantar tawaran istimewa kepada anda yang mungkin menarik minat atau relevan dengan anda merentasi semua tawaran perkhidmatan Jenfi;
  • menghantar pemberitahuan, surat berita, kemas kini, mel, bahan promosi, kelebihan istimewa, ucapan perayaan kepada anda; dan
  • memberitahu, menjemput dan mengurus penyertaan anda dalam acara dan aktiviti kami.

Kami mungkin akan menghantar pemasaran sedemikian kepada anda melalui pelbagai kaedah, jika berkenaan (termasuk melalui SMS, aplikasi sembang (cth. WhatsApp, Telegram, LINE, Viber, WeChat, Zalo)), pemberitahuan tolak, telefon dan menerusi e-mel).

Jika anda ingin berhenti melanggan daripada komunikasi pemasaran berikut, anda boleh mengemas kini pilihan anda dalam tetapan Laman kami.

PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

Dengan pihak ketiga yang berkaitan dengan penggunaan anda terhadap perkhidmatan Jenfi

Kami berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga untuk membantu kami menggunakan Maklumat Peribadi anda, seperti yang dinyatakan di atas. Kami juga menggunakan Google Analytics untuk membantu kami memahami bagaimana pelanggan kami menggunakan Laman ini—anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang bagaimana Google menggunakan Maklumat Peribadi anda di sini: https://www.google.com/intl/en/policies/privacy.

Anda juga boleh menarik diri daripada Google Analytics di sini: https://tools.google.com/dlpage/gaoptout

Dengan anak syarikat dan ahli gabungan

Kami berkongsi Data Peribadi dengan anak syarikat kami, syarikat bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan ahli gabungan. Syarikat dalam kumpulan Jenfi berkongsi sumber-sumber, seperti infrastruktur dan teknologi antara satu sama lain untuk memberikan anda pengalaman yang konsisten, relevan dan selamat apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, dan untuk Tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini.

Dengan penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan Jenfi

Kami mungkin akan memberikan Data Peribadi kepada vendor, perunding, rakan kongsi pemasaran, firma penyelidikan dan penyedia perkhidmatan atau rakan rongsi perniagaan kami yang lain. Ini termasuk:

  • pemproses pembayaran dan fasilitator;
  • pemungut hutang;
  • biro kredit, agensi pemarkahan kredit alternatif dan organisasi pelaporan kredit yang lain;
  • pemeriksaan latar belakang dan penyedia perkhidmatan pencegahan pengubahan wang haram;
  • penyedia ruang simpanan awan;
  • rakan kongsi pengiklanan dan pemasaran serta penyedia platform;
  • penyedia data analisis;
  • rakan kongsi penyelidikan, termasuk mereka yang menjalankan tinjauan atau projek penyelidikan dengan kerjasama Jenfi atau bagi pihak Jenfi;
  • rakan kongsi institut pendidikan dan latihan;
  • rakan kongsi insurans dan pembiayaan; dan
  • penyedia perkhidmatan yang menjalankan perkhidmatan pengesahan identiti.

Sebagai contoh:

Jika anda meminta sesuatu perkhidmatan melalui Laman ini, Jenfi akan menjalankan pemeriksaan biro kredit pada sejarah kredit anda.

Dengan penasihat undang-undang kami dan pihak berkuasa kerajaan

Kami juga mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan penasihat undang-undang kami, pegawai penguatkuasa undang-undang, pihak berkuasa kerajaan dan pihak ketiga yang lain untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan, untuk membalas kepada sepina, waran geledah atau permintaan lain yang sah untuk maklumat yang kami terima, atau sebaliknya untuk melindungi hak kami.

Pemindahan perniagaan

Kami mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak lain, berkaitan dengan sebarang pemerolehan, jualan, penggabungan, usaha sama, konsolidasi, penstrukturan semula, pembiayaan atau sebarang jenis transaksi perniagaan yang lain. Walau bagaimanapun, Data Peribadi anda akan kekal tertakluk kepada kewajipan kami yang telah dibuat dalam sebarang dasar privasi sedia ada di mana anda telah memberi persetujuan.

PERLAKUAN PENGIKLANAN

Seperti yang dinyatakan di atas, kami menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk menyediakan anda iklan yang disasarkan atau maklumat pemasaran yang kami percayai mungkin akan menarik minat anda. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bagaimana pengiklanan yang disasarkan berfungsi, anda boleh melawat halaman pendidikan Network Advertising Initiative (“NAI”) di:

http://www.networkadvertising.org/understanding-online-advertising/how-does-it-work

Anda boleh menarik diri daripada pengiklanan yang disasarkan daripada:

FACEBOOK - https://www.facebook.com/settings/?tab=ads

GOOGLE - https://www.google.com/settings/ads/anonymous

BING - https://advertise.bingads.microsoft.com/en-us/resources/policies/personalized-ads

Selain itu, anda boleh menarik diri daripada beberapa perkhidmatan ini dengan melawati portal menarik diri Persekutuan Pengiklanan Digital di:

http://optout.aboutads.info/

JANGAN JEJAK

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengubah amalan pengumpulan dan penggunaan data Laman kami apabila kami melihat isyarat Jangan Jejak daripada pelayar anda.

PENGEKALAN DATA PERIBADI

Data Peribadi anda hanya akan disimpan selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan dan selama pengekalan sedemikian diperlukan dari segi undang-undang. Kami tidak akan menyimpan Data Peribadi anda selagi adalah munasabah untuk kami menganggap bahawa tujuan Data Peribadi anda dikumpulkan tidak akan digunakan lagi untuk pengekalan tersebut dan pengekalan tidak diperlukan lagi untuk tujuan undang-undang atau perniagaan.

PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kami akan mengambil langkah undang-undang, organisasi dan teknikal yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi. Ini termasuk langkah untuk mencegah Data Peribadi anda daripada hilang, atau digunakan atau diakses dalam cara yang tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, sila memahami bahawa penghantaran maklumat melalui internet tidak selamat sepenuhnya. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang dihantar melalui sebarang kaedah dalam talian, oleh itu, sebarang penghantaran yang dibuat kekal atas risiko anda sendiri.

PINDAAN DAN KEMAS KINI

Jenfi mungkin akan mengubah suai, mengemas kini atau membuat pindaan kepada dasar privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan, sebagai contoh, perubahan kepada amalan kami atau atas sebab operasi, undang-undang atau peraturan yang lain.

Sebarang pindaan akan dimaklumkan kepada anda melalui Laman ini dan/atau kaedah lain yang sesuai dalam masa sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh berkuat kuasa. Versi yang dikemas kini akan disiarkan pada laman ://jenfi.com. Menyemak Dasar Privasi secara kerap adalah tanggungjawab anda. Penggunaan berterusan anda untuk Laman atau Perkhidmatan ini, atau terus berkomunikasi atau berinteraksi dengan Jenfi selepas tarikh kuat kuasa perubahan, kemas kini atau pindaan kepada Dasar Privasi ini, sama ada disemak atau tidak oleh anda, akan membentuk persetujuan anda untuk menjadi terikat dengan pindaan tersebut.

HAK ANDA BERKENAAN DENGAN DATA PERIBADI ANDA

Selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda mungkin berhak untuk:

  • Selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda mungkin berhak untuk:
  • dalam beberapa kes, minta pembetulan dan/atau pemadaman Data Peribadi anda;
  • dalam beberapa kes, minta sekatan untuk atau membantah pemprosesan Data Peribadi anda;
  • menarik balik kebenaran anda untuk pemprosesan Data Peribadi anda (di mana kami memproses Data Peribadi anda berdasarkan kebenaran anda);
  • meminta resit atau penghantaran kepada organisasi lain, dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin, Data Peribadi yang anda berikan kepada kami di mana kami menggunakan Data Peribadi anda berdasarkan kebenaran atau pelaksanaan sesebuah kontrak; dan
  • membuat aduan kepada pihak berkuasa privasi data yang berkenaan jika hak data privasi anda disalahgunakan, atau jika anda telah mengalami kerugian atau penjejasan akibat daripada pemprosesan Data Peribadi anda yang menyalahi undang-undang.

Sila ambil perhatian bahawa memilih untuk tidak berkongsi Data Peribadi anda dengan kami, menarik balik kebenaran anda terhadap penggunaan kami atau persetujuan anda dengan Dasar Privasi kami mungkin membawa maksud bahawa anda tidak dapat menggunakan Laman atau Perkhidmatan ini.

Selepas anda memilih untuk menarik balik kebenaran anda, kami mungkin akan teruskan dengan memproses Data Peribadi anda setakat yang diperlukan atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Kami akan menapis dan mengesahkan semua permintaan terlebih dahulu. Untuk mengesahkan identiti anda dan/atau hak kuasa anda untuk membuat permintaan, kami mungkin memerlukan anda untuk memberikan maklumat tambahan atau dokumentasi sokongan untuk menyokong permintaan tersebut. Apabila pengesahan berjaya dilakukan, kami akan melaksanakan permintaan anda dalam jangka masa yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkenaan.

HUBUNGI KAMI

Untuk maklumat lebih lanjut tentang amalan kami atau jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami melalui e-mel di privacy@jenfi.com atau menerusi pos menggunakan butiran di bawah:

Jenfi Pte. Ltd., 32 Pekin St, #05-01, Singapore 048762

Scroll to top